Saturday, 15 April 2017

Minyak Zaitun (Pure Virgin Olive Oil) yang baik untuk merawat ekzema



MINYAK ZAITUN (PURE VIRGIN OLIVE OIL)
Harga : RM 10.00/ bottle.
postage : add RM 7 (Sem.) and RM 10 (SS)

Seorang pakar jantung pernah mencadangkan supaya kita mengambil 2 sudu teh minyak zaitun extra virgin setiap hari untuk kesihatan yang jantung yang lebih stabil.

Minyak zaitun mengandungi banyak kelebihan kepada fungsi badan dan sistem imun badan. Oleh sebab itu, ia boleh mengurangkan kadar risiko mendapat masalah jantung, elakkan daripada mendapat kanser dan lain-lain.

Pada kali ini, kami akan menyenaraikan 5 khasiat minyak zaitun yang boleh membuatkan anda ingin menggunakannya setiap hari.

Khasiat #1: Kanser

Minyak zaitun mengandungi satu bahan yang dikenali sebagi oleocanthal, yang mana ia berfungsi sebagai ibuprofen dalam mengurangkan keradangan. Oleh itu, secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko kanser payu dara dan mengelakkannya daripada berulang.
Selain itu, minyak zaitun juga mengandungi squalene dan lignans yang sudah didapati boleh membantu menghalang perkembangan sel kanser.

Khasiat #2: Sakit Jantung

Minyak zaitun boleh mengurangkan kadar kolestrol darah, LDL-cholesterol dan triglycerides. Pada masa yang sama tidak menjejaskan kadar HDL-cholesterol, malah dalam sesuatu kes ia boleh meningkatkannya, yang mana memainkan peranan untuk melindungi dan menghalang perbentukan fatty patches. Lantas meransang penghapusan low-density lipoproteins.
Selain itu, diet yang kaya dengan minyak zaitun boleh melambatkan proses penuaan jantung.
Kita sudah sedia maklum bahawa umur jantung kita akan meningkat mengikut umur kita. Saluran darah (alteri) mungkin tidak boleh berfungsi sebaik mana masa kita muda, dan oleh sebab itu ia boleh membawa kepada beberapa penyakit.
Namun, terdapat satu kajian oleh orang Sepanyol mendapati bahawa diet yang kaya dengan minyak zaitun boleh meningkatkan/memperbaiki fungsi saluran darah kepada orang yang sudah berumur.
Selain itu, satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Clinical Nutrition membuktikan bahawa pengambilan minyak zaitun boleh mengurangkan kerosakan endothelial dan masalah yang berkaitan dengannya.

Khasiat #3: Tekanan (Stress) dan Kemurungan (Depression)

Minyak zaitun mengandungi kadar anti oksida yang tinggi, terutama Vitamin E. Pada masa yang sama minyak zaitun mengandungi monounsaturated fat (lemak monotaktepu) yang paling tinggi, yang mana tidak dioksida dalam badan.

Mengikut satu kajian dari Universiti Navarra, diet yang kaya dengan kandungan minyak zaitun boleh melindungi daripada masalah mental.
Pengkaji menjumpai bahawa pengambilan minyak zaitun yang tinggi dengan pengambilan lemak politaktepu (polyunsaturated fats) yang boleh didapati dari ikan dan minyak sayuran boleh mengurangkan kadar kemurungan seseorang.

Kajian tersebut menyatakan bahawa penyakit kardiovaskular dan kemurungan boleh dikaitkan dengan satu diet.

Khasiat #4: Tekanan Darah

Kajian terkini mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun secara kerap boleh mengurangkan tekanan darah tinggi, untuk kedua-dua systolic dan diastolic.

Khasiat #5: Kanser Kulit

Salah satu kajian lain didapati bahawa minyak zaitun boleh mencegah daripada kanser kulit, lebih tepat lagi mencegah daripada malignant melanoma. Jenis kanser kulit yang paling merbahaya tersebut didapati mengalami pengurangan sebaik sahaja pesakit mengambil diet yang mengandungi minyak zaitun.
Hal ini kerana minyak zaitun mengandungi kadar anti-oksida yang tinggi dan ia memainkan peranan untuk melawan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas adalah salah satu faktor berlakunya kanser kepada manusia.

Harga : RM 10/ bottle
Postage add rm 7 ke sem./ RM 10 Sabah Sarawak '

Jom booking slot cepat sebelum penuh. 

👉Whatsapp ke 012-614 7734
👉Whatsapp ke 012-614 7734
👉Whatsapp ke 012-614 7734

Instagram : @umchocolatespa
Website : www.byishasaffiyah.com


👉Lokasi UM Chocolate Spa :
BLOK E, 

KOMPLEKS PERDANASISWA 
Jalan Universiti, Univesiti Malaya
(Berhadapan Gazebo UM 
/ PEKAN BUKU UM)


Kredit : https://www.panduansaya.com/kecantikan/khasiat-minyak-zaitun/

No comments:

Post a Comment